Pangku bayi Terbang atas jalan
Menceritakan detik cemas itu, Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika hujan dan dia yang berada di depan rumahnya di Kampung Nyatoh terdengar dentuman kuat sebelum melihat sebuah Proton Wira remuk serta suara meminta tolong daripada sebuah van Ford.
“Saya lihat bayi dan pemandu Proton Wira tercampak keluar lebih 10 meter dan ketika itu saya hanya terfikir nak menyelamatkan bayi terbabit sambil bertanya kepada penumpang van, bayi ini anak siapa,” katanya.
Ketika itu bayi berkenaan, Nor Amisya Maisarah, 1, masih bernyawa, bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Setiu (HS) jam 6.15 petang, semalam.
“Hanya saya saja di tempat kemalangan dan selepas itu orang ramai mula datang dan kami membantu mengeluarkan mangsa yang cedera daripada van, namun seorang penumpang daripada Proton Wira gagal dikeluarkan kerana tersepit,” katanya.
Katanya, seorang penduduk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum pasukan berkenaan tiba dan mengambil masa kira-kira setengah jam mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Badan putus 2
NGERI...anggota polis trafik mengalihkan mayat mangsa di MRR2, awal pagi semalam. Gambar kecil, Digat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hancur lumat akibat rempuhan bertali arus kenderaan yang melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan, di sini.
Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu kota sebelum dilanggar dari belakang.
“Berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa berkemungkinan dirempuh kuat dari belakang oleh sebuah kereta atau kenderaan berat menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya.
“Mangsa terjatuh ke tengah jalan kemudian dirempuh beberapa kenderaan yang dipandu laju. Keadaan jalan yang gelap dan menurun bukit dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tidak sempat mengelak lalu menggilis tubuh mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang digilis berulang kali menyebabkan badannya terputus dua.
“Malah beberapa penunggang motosikal turut terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas terlanggar tubuh dan kepala mangsa.
“Namun semua kenderaan yang tidak sengaja merempuh tubuh mangsa terus meninggalkan lokasi kejadian selepas menyedari objek dilanggar adalah mayat manusia,” katanya.
Katanya, orang ramai kemudian segera menghubungi polis sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Siasatan awal, mangsa dikenali sebagai Digat a/l Mentagas, 29, berasal dari Rumah Kanawit, Sarawak.
“Susulan kejadian itu, anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan daging mayat mangsa yang berteraburan di atas jalan sepanjang,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa yang hampir hancur itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.



cara yang sangat mengerikan untuk mati, doa saya pergi kepada mereka dan keluarga mereka
BalasPadam